Selasa, 17 Mei 2011

apa perasaan guru???

baru-baru nie kita ada buat sambutan hari guru... seluruh malaysia menyambutnya, tak kira la secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. kali nie aku nak kongsi kisah aku sendiri dan ia menjadi persoalan dalam benak hati kecil ku ini.

dua hari lepas kami (first generation) diundang utk ke sekolah bagi meraikan hari guru. kami dapat undangan dari guru sendiri. betapa dasyat nya... aku pown pegi la, ingatkan ramai yang pegi.... malangnya hanya sekerat dua kerat ja... aku pegi dgn kawan aku (lelaki).. bila aku temui cikgu, perkataan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah "terima kasih"... betapa lembut dan rendah dirinya seorang guru mengatakan terima kasih kepada anak didiknya sendiri... sepatutnya kami yang mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan panduan selama ini... tapi guru-guru bertindak sebaliknya... air mata aku bergelumang bila cikgu kata kat aku "terima kasih laa sebab sudi datang jenguk cikgu.. terima kasih banyak-banyak la... cikgu gembira kamu datang melawat cikgu.." ungkapan ini membuatkan hati aku tersentuh.. betapa mulianya hati seorang guru.. guru-guru mengharapkan kita datang melawat mereka.. seperti ibu yang mengharap anaknya pulang dari rantauan... rindu cikgu terhadap kita seperti rindunya ibu kepada anak yang beribu tahun pergi tak pulang... cuba anda bayangkan.. bagaimana hati seorang ibu apabila anaknya tidak menjenguk ibunya di kampung... tidak bertanya khabar berita... walaupun guru tersenyum riang setiap hari tapi siapa tahu isi hati mereka yang kecewa dengan sikap anak didiknya sendiri...


sebelom aku pindah sekolah, aku ingat lagi pesan cikgu, "nanti, bila jumpa cikgu kat mana-mana... tegur cikgu taw... jangan wat tak kenal pulak.. cikgu nie sayang dan rindu kat naka murid..." ungkapan ini membuatkan aku semakin beringat-ingat bahawa jangan malu pabila berjumpa dengan cikgu.. walau sehebatmana pown kita... guru yang didik kita dulu.. daripada tak tahu membaca... pandai membaca.. dari tidak tahu mengira.. teros pandai mengira...

kadang-kadang, cikgu yang tegur anak murid... sbb anak murid tak tegur dia... cikgu sanggup buang egonya demi melepaskan kasih sayangnya... kenapa anak remaja sekarang semakin hilang arah pabila bertemu dengan cikgu.. kalu boleh nak sorok n lari kalu nampak cikgu kat complex... patotkah hal ini berlaku.... ishhh ishhhh fikir-fikirkanlah...

Sabtu, 7 Mei 2011

SuKaR nYerr KeHiDuPaN.... (1)

kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua kisah seorang hamba ini yang sedang mengharungi kehidupannya di mana bagi saya jalan kehidupanya penuh dengan onak dan duri... cerita ini merupakan kisah benar seoarng hamba Allah yang sentiasa mencari jalan yang diredhai Allah.. harap semua sahabat akan mengambil iktibar dari kisah ini. insyaAllah...

kisah:-

dalam keluarga yang serba kekurangan ilmu agama maka lahirlah seorang hamba yang bernama azlan (bukan nama sebenar). azlan mempunyai 3 orang adik beradik dan beliau lahir di tengah kota bandar yang begitu pesat dan penuh dengan kecanggihan serta kemudahan yang tak terhingga di sekelilingnya. begitu bertuah azlan ini.abang dan kakak azlan belajar dalam bidang akademik (duniawi) manakala ditakdirkan Allah azlan nie belajar dalam bidang islam... lebih kenal dengan pengajian islam... alhamdulillah beryukur kehadrat illahi... azlan merupakan satu-satunya anak yang belajar bidang agama. kaum kerabat serta keluarga azlan semuanya kurang ulmu tentang agama.. bukannya tak de.. cuma x kuat je... sekarang azlan belajar di univeriti dalam bidang pengajian islam... suatu hari, azlan tulis isi hatinya dalam sebuah surat.. :-

"duhai Allah yang aku sayangi... dengarlah rintihan hati kecilku ini. semenjak sekolah rendah lagi, ayah telah hantar aku kesekolah gama sehinggalah aku besar... ayah pernah beritahu pada ku bahawa ayah nak sangat anak ayah sorang nie blajar agama islam dan memperbetulkan apa yang salah.. aku ingat lagi kata-kata keramat itu dimana itulah hasrat ayah ku... tingkatan satu hingga lah tingkatan 3.. aku sekolah di sekolah agama tapi sekolah tue langsung tak membawa aku kejalan Allah.. malah sifatku bertambah terok makan dek zaman remaja pulak tue.. then, masa tingkatan 4, ayah hantar aku pegi jauh dari family aku... so aku pown dok la kat sana.. alhamdulillah.. sekolah baru nie banyak membantu aku.... banyak berikan aku pedoman.. banyak tunjukkan aku jalan kearah kebaikan.. disanalah aku mengerti, apa sunnah nabi.. apa itu bida'ah.. cara nak pakai serban... apa itu hamba.. dan banyak lagi... disana juga aku mula berhenti dari pemakaian yang tak senonoh dan juga akhlak buruk ku.. aku mula nak berubah... tapiii dalam masa yang sama family aku, langsung tak bagi aku dorongan mahupun sokongan.. malah aku dihina dan dicaci bila memakai mahupun mengikut sunnah... aku tahan hatiku dari menangis.. kerna nangis tak dapat menyelesaikan masalah aku... aku kuatkan diri aku.. itu merupakan cabaran pertama aku... selepas aku naik ke tingkatan lima, aku mula aktif ikut kawan2 ke masjid... dengar tazkirah... dengar pengajian.. disebabkan aku selalu keluar rumah, mak dan ayah aku larang aku untuk keluar.. katanya aku pergi lepak pasal politik.. aku dihalang untuk mendengar di majlis ilmu... aku bersabar.. sabar.. dan teros bersabar... selepas itu aku dihalang lagi... aku dihalang kemasjid untuk melakukan solat jemaah... sedihnya... sedihnya... hanya Mu ya Allah yang tahu isi hati ku.. pernah sekali tu, aku tegur mak sedara aku.. sebab ada benda yang tak kena yang dia buat.. then mak sedara aku cakap yang mak aku kata bahawa jgn percaya sangat dengan apa yang aku cakap. sebab aku nie slalu cakap pasal agama ja.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. hancur berkecai hati nie.. mak dan ayah aku ingin aku berubah.. kearah islamic.. tapi dalam masa yang sama mak dan ayah aku menjadi duri dalam daging.. sakitnya hati ini bila melihat keluarga... kaum kerabat buat dosa depan mata nie.. sedih sangat.. sebab aku x dapat nak tegur diorang.. aku tak layak.. ilmu aku tak banyak... aku juga sering berdebat tentang agama dengan sepupu dan mak sedara.. kadang2 aku mengalah je sebab tak nak gadoh dengan kaum kerabat sendiri... Ya Allah... bagaimana pula dengan sahabat2 aku... aku sering cuba sedaya upaya aku untuk puaskan hati kawan2 tapi... kawan2 langsung tak menghargainya. sedih nya hati.. aku sayang kat kawan2 aku.. tapi... mmmm entahlah.. Ya Allah.. bantuilah aku... harapan aku hanya dapat mengubah keluarga aku kejalanMu Ya Allah.. dan dapat emnjaga perasaan semua sahabat2 aku... tiada benda lain yang aku harap.. ini sahaja ya Allah.. biarlah hidup aku merana.. asalkan ibu bapa.. sahabat2 semua bahagia... "

SAMBUNGAN......

Khamis, 5 Mei 2011

ini KAH SaHaBaT ??

sahabat... semua orang mesti sahabat... tak kira la sahabat baik ke.. biasa-biasa ke or jarang-jarang.. hehee orang kata sahabat nie sentiasa dekat di hati macam TV9... ada pula yang kata kawan nie mcm biskut chipsmore.. sekejap ada sejekap tiada... dan ramai yang kata sahabat nie adalah peneman hidup 24 jam...

sahabat??? sahabat adalah seseorang yang sentiasa ada disisi kita bila suka dan duka.. itulah tanggapan kebanyakan orang tentang seorang sahabat... sahabat juga penawar duka dan pengubat rindu.. tapiii pernah tak kita terfikir.. apa guna ada sahabat yang sentiasa membuat kita ketawa dalam masa yang sama dia biarkan kita melakukan dosa tanpa henti... apa guna ada sahabat yang mendengar kiah sedih kita kalau hanya menyokong kita tapi tak menafikan kelakuan kita yang salah... saya bagi kalian semua satu contoh yang mudah:-

kisah 1-
ahmad dan abu merupakan sahabat baik dunia akhirat.. abu slalu buat ahmad ketawa stiap waktu... sokong apa saja yg ahmad buat.. dan slalu backup ahmad bila diperlukan... pada masa yang sama ahmad nie slalu mencurii, bohong n suka couple... abu tahu yg ahmad buat benda2 buruk nie.. tapi dia tak gamak tegur ahmad.. sbb apa..??? sbb dia takot ahmad akan tinggalkan dia.. atau bergaduh dgn dia.. so untuk ambil langkah yg slamat... abu pown hanya diamkan diri dan tros menyokong ahmad.. tak kira ahmad nie wat salah or tak...

ini bukannya sahabat.. kalau korang nak tahu sahabat nie sapa adalah musuh anda.. sbb apa musuh anda akan bg taw anda apa klemahan dan silap anda... (walauapun dgn cr kasar).. tapii sukar bagi seorang sahabat untuk menegur sahabatnya sbb takot bergadoh.. bermasam muka n apa2 ja... duhai sahabt.. nie bukan sahabat namanya... nie adalah prosak....

sahabat spatutnya x sanggop tengok kawan dia dalam kesesatan... jauh dari Allah... buat maksiat... or benda2 yg keji.. sahabat spatutnya guide kawan tu kearah yg betol... ini barulah dinamakan sahabat...kasihanilah mereka... kerna mereka perlukan sahabat yg jujur untuk mereka berubah.. so jadilah sahabat yg betol2 sahabat..

Selasa, 3 Mei 2011

Tunang Bukan GreenLight

kisah:-

khai adalah budak lepasan SPM sekolah agama di area-area selangor... dia seorang yang agak alim... x bercakap dengan perempuan... tak pandang pown kadang-kadang tue... slalu pegi masjid or surau.. boleh dikatakan setiap waktu dia akan pergi... baik kan!!!

nora adalah budak lepasan skolah agama juga.. tinggal di belah timur... mmm baik la jugak.. x bcakap pown ngan lelaki.. (x taw la kalu kat blakang hehe). *x leh nak hurai panjang2 sbb x brapa kenal....

suatu hari, telah ditakdirkan Allah... mereka nie masok universiti yang sama... masa awal sem diorang nie x kenal lagi satu sama lain. kebetulan pulak diorang nie satu kelas n satu program (diploma pengajian islam). masa masuk universiti, budak laki nie mcm dulu lg... kaki g surau.. ckp bnda2 baik... tegur org kalu wat salah... pada suatu petang yg hening tetiba ja nora minta tolong khai uruskan ptptn dia.. katanya dia x taw nak uruskan.. so khai yang baik hati nie pown tolong r si nora nie.. wow... pandang pertama??? hehehe then lepas tue ingat abishh mcm tue je... nora start msg ngan khai... khai nie mcm serba salah r... lg pown dia x biasa pompuan msg ngan dia... dia layan tapi masih menjaga batas.... then khai tanya r kawan baik dia amir.. "amir, aku nak wat cam ne erk... ada minah nie dok msg aku.. aku takot dia syok kat aku r..." amir jwb "kau pown satu khai.. x payah la layan.. buat tak taw ja... stop r msg ngan dia.. nnti melarat plak kang..." khai hanya diam dan membisu dengar jawapan dari amir...

akhir sem 1, khai bg taw amir yg nora betul2 sayang kan dia... Ya Allah..... amir agak marah sbb khai layan nora nye msg... then amir ni tak sampai hati nak marah lebih2 sbb khai nie kawan baik dia... amir just diam je lepas tue... masuk sem 2... NAH !!!! khai sudah brubah... msg ngan nora tak henti... kadang2 bgayut berjam-jam... masa makan msg.. bc buku pown msg... oh no!! amir marah la jugak kat khai... dan bg taw khai apa tujuan dia dtg kat universiti.. khai x endah..
tiap2 hari khai cerita ttg nora kat amir... naik rimas amir dibuatnya.... dan masa sem 2 nie plak.. nora dah mula brubah... dia mula blajar pakai purdah.. alhamdulillah.. tapiiii kenapa dia x stop msg ngan khai... ishh pelik sungguhkan... then kawan2 khai mula sedar yg khai nie smakin brubah.. asyik luangkan masa dgn handphone dia je.. kadang2 tue sanggup tinggalkan kawan2 or makanan... sbb nak bcakap ngan nora... pelik btol la khai nie.. bila amir tegur.. khai melenting.. kalu x pown khai akan cakap" aku syg kat dia la.." ....

then tiba lah satu hari tue.. khai bg taw amir yg dia plan nak tunang dangan nora... amir hanya membisu... diam jee.. x mo kata apa2... takot nnti mengguris hati khai... khai asyik ckp pasal tunang.. kahwin.. heheehh biasa laaa ngah dilamun CINTA... amir dgn kawan2 lain x taw nak wat apa dgn khai... tegur tak makan saman... nasihat lagi r...

pengajaran: kalau nak berubah, ubah diri dahulu... dan tunang bukannya satu lesen atau tiket untuk kita sms or call.. ia tetap berdosa... sbb blom halal lagi hubungan tue... dan kadang2 dengar la nasihat shbt2 nie.. sbb kadang2 kawan nie sygkan kita... kita je x sygkan diri sendiri.. jgn nilai seseorg itu dari luaran sahaja...

*sekiranya anda menjadi amir atau kawan2 khai.. apa yang akan kamu lakukan??

Isnin, 2 Mei 2011

Malu nyerr...

Alhamdulillah kita berjaya lahir ke dunia ini.. tapi kita perlu waspada sbb dunia nie penuh dengan kepalsuan.. dugaan.. dan cabaran... x kira di mana sekalipun dugaan serta masalah akan menghantui hidup ini.. LARI??? bukan cara penyelesaian.. kita lari dari masalah bagaikan keluar mulut buaya masuk mulut naga... (btol ke pribahasa tue).. hehee mmm sambung balik.. duhai sahabat, lari dari masalah merupakan tindakan yg sia-sia... sedarlah.. slagi kita berdiri di atas dunia yang fana ini selagi itu kita akan hadapi pelbagai masalah dan masalah itu akan menghantui kita....

Allah sentiasa menerima taubat hambaNya... tapiii kenapa kita jarang bertaubat??? kenapa kita slalu buat dosa... kenapa kita buat dosa tapi jarang bertaubat??? kita amik satu contoh:-
kita mengutuk kawan kita.. maki hamun dia.. dan kita tak minta maaf pown.. mmm sbb apa??? MALU??? ohh tidak... kenapa nak malu... cuba kita terpijak kaki anak raja... kita minta maaf x?? of course minta maaf gila-gila sampai cium abisss kaki anak raja tue kan.. ishhhh isshhh... tapi kenapa sukar kita nak minx maaf dgn Allah?? kenapa kita sukar nak bertaubat???

semakin canggih kemajuan negara semakin tebal lah perasaan malu x kena tempat tue.. mmm knape erk... malu nak bertanya... malu nak tegur org... malu nak minta maaf... zaman sekarang semua serba canggih dan aneh termasok la perangai anak2 muda... malu nak buat baik.. malu nak pergi masjid... malu nak berjubah... malu untuk berkopiah... tapi dimana sifat malunya pabila berkepit dengan minah/mamat... mana hilang malunya bila nak buat maksiat.. mana malunya bila jejak kaki di pub dan disco.. mana sifat malunya bila dedah semua aurat pada masyarakat...

itulah orang slalu kata.. malu biar kena pada tempatnya... malu untuk buat jahat.. malu untuk buat maksiat.. itulah spatotnya... bukannya malu nak buat baik.. pedulikan apa org nak kata... kita tak da kuasa nak tutup mulut orang.. so abaikan ja.. kalau org kutuk kita buat baik.. ucapkan alhamdulillah.. kerna apa?? kerna Allah sdg menguji kita.. itu tandanya Allah masih sygkan kita.. Allah nak kita dkt dgnNYA... sbb tue Allah uji kita.. tegur kita... sedih la sekiranya hidup ini penuh dgn kesenangaan tanpa kesedaran...

minah-minah sekarang tak de perasaan malu... cakap tanpa batasan.. bergaul sesuka hati... sama la jugak dengan mamat sekalian... tidakkah rasa malu bila org melihat auratmu.. sekiranya tidak kenapa tidak bogel sahaja... tidakkah rasa malu bila bergul tanpa batasan..??? kiri kanan mata melihat.. gerak geri kita.. catat amalan kita.. duhai sahabat semua... sekiranya perasaan malu itu tipis.. tanamlah.. pupuklah... agar kita dekat dengan Allah...

Malu Biar Bertempat.....

Jaga Diri Elok-Elok Taw !!!

Allah berikan kita pelbagai nikmat diatas muka bumi ini... Allah bagi kita tangan... mata... mulut... telinga... n bnyk lagi nikmat yg Allah bg secara percuma tanpa bayaran satu sen own.. tapii Allah just nak kita taat dgn sgala printahNya dan jauhi sgala laranganNya.. Tapiii kenapa zaman skarang orang tak reti nak bersyukur dgn nikmat yang Allah berikan... kenapa manusia kini masih kufur nikmat... kenapa erk???

Allah berikan mata kepada kita untuk melihat keindahan ciptaan Allah ... melihat penderitaan orang lain dan ambil iktibar... melihat btapa kejamnya org kafir terhadap islam.. supaya kita sedar dan bersyukur... tapii kenapa org sekarang lebih suka menggunakan mata melihat benda yg tak senonoh... ada yang skodeng org mandi.. tengok crita porno... tengok orang bukan mahram.. tengok aurat orang.. mmmm kenapa erk?? kenapa gemar sgt tengok benda yang akan dtg buruk kepada kita??

Allah berikan tangan untuk kita boleh buat kerja.. mencari rezeki d muka bumi nie.. membantu orang lain yg dalam kesusahan... tapii kenapa orang sekarang lebih gemar menggunakan tangan utk menyakiti orang lain.. pukul sana.. tumbuk sini... tampar mak n ayah... mmmm apa nak jadi duhai anak-anak sekalian... kenapa kita lebih gemar gunakan tgn tulis msg kat org yg bukan mahram... guna tangan taip benda yang tak senonoh... mm knapa laa....

Allah berikan kita sepasang kaki utk berjalan ke masjid.. bjalan ke jalan Allah.. jalan mencari rezki dan mencari keindahan ciptaan Allah.. tapi anak muda sekarang gunakan kaki ke disco.. pub.. clubbing... pergi tempat2 maksiat... tak senonoh bagai.. apa nak jadi laaa anak sekarang nie...

kalau nak hurai satu persatu nikmat Allah kepada kita memang tak akan habiss.. banyak sangat.. walaupun kali nie saya post skit ja.. tapi mohon dapat mengambil ikibar dariapdnya... insyaAllah.. sama2 la kita berubah erk...

Ahad, 1 Mei 2011

Tunang Bukan Segala-galanya....

KISAH 1

selepas masuk universiti ahmad dapat berita mak bapak amira suruh bertunang.. so ahmad dgn hati yg rela pown tunang la dgn amira( kekasih masa skolah). amira amik STAM di Kedah dan ahmad pula belajar di trengganu... ahmad amik diploma pengajian islam... dulu masa berpacaran di sekolah ahamad nie slalu msg ngan amira.. cinta monyet la katakan.. uhuhu... tapi bila ahmad masok universiti.. ahmad mula menyedari bahawa kelakuannya dulu itu adalah salah... so ahmad pown brubah... x msg... x cal amira.... then lama klamaan... amira pown bengang r... kenapa ahmad x msg... sedangkan amira itukan tunang nye.. x sayang ke kat tunang ... persoalan itu membuak-buak dlm hati amira... hari bersilih ganti... ahmad sibok dgn aktiviti2 universiti... sbulan berlalu sudah... ahmad x msg x contact pown dgn amira... n tak reply pown... sbb dia takot... bahawa perkara itukan salah... then amirah pown msg... dia kata:"awak mesti ada pompuan lain kat universiti.. sbb tue r tak layan amira dah.. x msg.. x call..." then ahmad pown jawab.." kita baru bertunang... blom kawen lagi... kita x da ikatan sah lagi... kita baru bertunang.. dan tunang itu adalah ikatan sebagai tanda sahaja..." amira dgn marah ckp:" dulu ahmad x pernah pown cam nie.. slalu je msg... x pikir plak dosa masa tue.. knapa sekarang bila kita dah tunang baru nak pikir benda2 tue.. kita kan dah bertuang.. x lama lagi kita akan kawen.. apa salahnya kalu kita msg... Allah sentiasa menggalakan kita merapatka silaturrahim"... ahmad tergamam... kaku tidak berkata pabila terkenagkan dosa dahulu... ahmad jawab dgn slow:" maafkan ahmad...dlu ahmad jahil... ahmad tak taw bnda nie berdosa... dan ingat amirah.. tunang bukannyer menghalalkan hubungan kita.. ia adalah tanda sahaja... kita tetap tak mahram..." amirah teros letak phone.. then keesokan hari... ahmad dpt call dari ayahnya bahawa amira minta putus tunang.... hancur hati ahmad.. kesetiaannya dibalas kaca berduri....


pengajaran yang kita boleh amik dr crita nie adlh.... tunang bukan satu jalan utk menghalalkan hubungan antara kita dgn pasangan kita.. ingat !!!! manusia slalu buat kesalahan.. oleh itu beri mereka peluang untuk berubah....

Mengapa Semakin Pandai Semakin Tak Senonoh?



hari berganti hari... kalau kita tengok dalam surat khabar penuh dihiasi dengan akhbar2 dan berita2 yang negatif/mazmumah... macam2 kes yang peli berlaku kat atas muka bumi nie.... antaranya, "suami tikam isteri kerana kejutkan subuh", "anak pukul mak", "cucu rogol nenek", "isteri dera suami", "hilang dara" n mcm lagi.... kenapa hal nie berlaku berulang kali.. sedangkan tujuan surat khabar n berita siarkan adalah untuk jadikan pedoman untuk semua tapi benda ini menjadi ikutan orang ramai.. semakin banyak kes-kes negatif, semakin ramai yang x takot buat jahat..

pernah kaji tak? kebanyakan orang yang buat kes nie adalah terdiri daripada orang-orang yg berpendidikan.. (education person)... kebanyakan nya adalah pelajar cemerlang.. lepasan universiti.. mahasiswa sana sini... doktor... peguam... pernah tak terfikir kenapa orang yang cerdik pandai berani buat jahat sedangkan mereka tahu apa akibat dan kesan sebalik kelakuannya itu.. kenapa semakin pandai seseorang itu semakin menjadi kurang ajar dan tidak beradab???... kenapa erk???? kenapa peguam sanggup tolong org jahat??? kenapa doktor sanggup gugurkan anak luar ikah sedangkan perkara itu adalah salah dan juga berdosa... mengapa ustaz2 rogol anak murid?? (bukan semua.. sebahagian sahaja).... mereka tahu perkara itu salah tapiii kenapa mereka masih berkeras hati untuk buat benda2 tak senonoh tue?? sungguh pelikkan...

hal ini berlaku kerana terlalu kejarkan harta dan keduniaan... terlalu inginkan keakayaan.. sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan didunia... demi kesenangan didunia... sanggup bunuh bayi yang tak berdosa demi wang yang berjuta... mengapa?? tidakkah mereka terfikir impaknya di akhirat nanti?? dan hal ini juga berlaku sbb student sekarang belajar kat sekolah atau universiti adalah untuk lulus dan cemerlang diatas sijil.. belajar sbb nak berjaya atas sijil.. supaya senang nak dapat kerja.. supaya senang nak apply mana2... "belajar tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah" langsung tidak memberi faedah kepada orang lain dan juga diri sendiri...

kebanyakan student di universiti, belajar sebab nak pointer tinggi2... supaya CGPA tinggi.. mereka hanya belajar tapi x amal dalam kehidupan seharian ... contoh yg paling mudah.. saya belajar akidah akhlak, then saya x amal apa yg saya belajar.. agak2, dapatkah saya meperkuatkan akidah saya dan memperelokkan akhlak saya?? mampukah saya begitu??? fikir-fikir kan...

sama la kalu kita belajar ulum al-quran... fiqh muamalat or what ever.... kalu kita x praktik dlm kehidupan seharian ia bagaikan angin yang ditiup berlalu pergi... habis exam lupa... then tinggalkan... nnti nak masok keje.. nak exam baru kelam kabut buka buku... patotkah kita jadi begitu... sedangkan kita blajar kerana Allah Taala...

sahabat2 semua... harap selapas nie kita sama2 btolkan niat sblom nak belajar..... niat dalam hati blajar kerana Allah... untuk mencari keredhaan Allah.. insyaAllah... perkara yg susah akan menjadi senang apabila dibantu oleh Allah... insyaAllah... selamat beramal dan renunugkan yaa...