Rabu, 21 April 2010

Hikmah Sujud...


Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bermaksud:"Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..." sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya:-



  • melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)

  • mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

BERNAFAS KETIKA SUJUD AKAN:-



  • membetulkan buah pinggang yang tekeluar sedikit dari tempat asalnya.

  • membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.

  • melegakan sakit hernia.

  • mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.

  • melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.

  • mengurangkan kesakitan kepada pesakit apendiks atau limpa.

  • kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.

  • meringankan bahagian pelviks

  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, ia juga akan hindar dari penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessel.

Sabtu, 17 April 2010

Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup. Hidup bukan untuk mati., tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup.tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :-


  1. Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

  2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

  3. Jangan tinggalkan masjid terutama pada waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana panggilan muazin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

  4. Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.

  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

  6. Jaga wujud terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib,"orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayang dia ya Allah".

  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada pengahayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya. Zikir juga juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme.

Rabu, 14 April 2010

Persepsi Umat Islam....


"Islam itu adalah cermin, jika cermin itu kotor maka pantulan itu pun akan menjadi kotor." Itulah analogi yang diungkapkan oleh DR. Mohd Farid Mohd Shahran, Timbalan Dekan (hal ehwal pelajar) Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysiayang juga pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama. Berdasarkan analogi diatas, DR Mohd Farid mengumpamakan orang islam seperti cermin yang menyampaikan atau memberi pantulan mengenai kegemilangan islam kepada orang bukan islam. Malangnya, orang bukan islam telah dikelirukan kerana tidak mendapat input yang tepat mengenai islam. Selain itu, faktor kelemahan orang islam itu sendiri yang gagal mencerminkan inti pati agama islam sehingga islam itu menjadi buruk pada pandangan orang bukan islam.


Muslim berada dalam dilema dan dipalit dengan persepsi negatif orang bukan islam kerana orang islam sendiri berada dalam kekeliruan dan dibelenggu kejahilan mengenai ilmu islam.Malah kesilapan dalam banyak perkara mengenai islam turut berlaku. Secara langsung, pandangan terhadap islam juga menjadi salah. DR Farid menyatakan ada kalangan orang bukan islam yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan kefahaman mengenai islam dengan pelbagai cara khususnya melalui pembacaan. Namun ada juga yang tidak mempunyai kesungguhan untuk mengkaji dan memahami sesuatu yng ditimbulkan. Kesungguhan Mualaf yang baru sahaja memeluk islam untuk mendalami islam perlu dicontoh oleh orang islam itu sendiri.


ALTERNATIF UBAH PERSEPSI


DR Sidek menyarankan empat alternatif untuk mengubah persepsi negatif ini:-


  1. Umat islam perlu berubah dengan menjadikan islam sebagai cara hidup dan bukan kepercayaan semata-mata. Ilmu islam adalah ilmu yang mengurus sistem bukan diri.

  2. Umat islam perlu mengetahui dan memahami sejarah kegemilangan islam suatu ketika dahulu dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, kehebatan islam di Andalusia adalah disebabkan wujudnya sinergi yang mantap atau kerjasama ulamak dan umarak.

  3. Umat islam perlu mempunyai ilmu yang bersepadu (integrated knowledge) seperti Ibnu Sina yang menguasai ilmu-ilmu seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan. Begitu juga Al-Khawarizmi dan lain-lain lagi.

  4. Perlunya sikap terbuka terhadap elemen bangsa. Ini merujuk sejarah Rasulullah SAW setelah peperangan Badar yang meminta orang tawanan perang mengajarkan anak-anak orang islam membaca dan menulis sehingga munculnya pejuang-pejuang islam yang hebat kerana mempunyai ilmu.

Isnin, 12 April 2010

Mari Langgan Akhbar iluvislam....solusi...al-islam....









Tanpa kita sedari, telah banyak bahan bacaan mengenai islam diterbitkan sepanjang tahun... beribu buku diterbitkan oleh para-para ilmuwan islam kita yang tidak lokek dek ilmu.. selain itu pelbagai majalah islamiah dikeluarkan setiap bulan contohnya, solusi, Al-Islam, dan banyak lagi.. disamping itu, terdapat juga beberapa syarikat yang giat mengeluarkan akhbar islam salah satu contoh yang saya ingin wawarkan adalah akhbar iluvislam... iluvislam bukan setakat di alam maya atau internet tetapi mereka juga ada mengeluarkan akhbar iluvislam setiap bulan..

iluvislam ini ditubuhkan oleh 5 orang jejaka muda yang berlainan bidang pembelajaran dan pekerjaan tetapi itu semua tidak menjadi halangan kepada mereka untuk memperjuangkan islam. walaupun bidang pekerjaan mereka lebih kepada duniawi tetapi mereka tetap gigih menegakkan syiar islam.. kerana syiar islam ini sepatutnya ditegakkan oelh sesiapa sahaja.. iluvislam.com telah popular dikalangan anak-anak remaja kerana keunikan dan kreativiti mereka yang berunsurkan islam..

akhbar iluvislam sering memaparkan berita-berita terkini di seluruh negara islam. selain itu, mereka juga memaparkan isu yang hangat di perkatakan orang dan isu yang menjadi kemelut atau masalah kepada umat islam.. disamping itu, terdapat juga pelbagai tips hidup harmoni dengan islam. konklusinya akhbar ini sangat menarik untuk menjadi santapan kita pada masa lapang agar masa kita sentiasa dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang akan menjaga kita kelak...

sama juga dengan solusi dan al-Islam... sering memaparkan tips agar kita dekat dengan Allah.. melalui pembacaan kita dapat memuhasabahkan diri kita yang sering melakukan kesilapan...
teruskan membaca iluvislam, solusi, al-islam.......

ILMU lebih baik daripada HARTA



  • Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.

  • Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaat pada jalan Allah.

  • Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.

  • Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman.

  • Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.

  • Manusia sentiasa memerlukan alim ulama' yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.

  • Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

Ahad, 11 April 2010

Mahmudah VS Mazmumah


CINTA DUNIA (Hubbud Dunya)


Al-Imam Hasan al-Basri r.h.m berkata:"tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?" ~ Mawa'izh al-Imam Hasan al-Basri

Antara sifat orang cinta dunia:-


  1. Tamak terhadap sesuatu.

  2. Tidak memberi peluang kepada orang lain.

  3. Suka salahkan orang apabila gagal.

  4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki.

  5. Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat.

  6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.


CINTA AKHIRAT (Hubbul Akhirat)


Firman Allah yang bermaksud:" sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kamiberikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." ( surah al-Syura 42:20)


untung cinta akhirat:-



  1. siapa yang beramal untuk akhiratnya Allah akan mencukupkan dunianya.

  2. siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia yang lain.

  3. siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.

  4. siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.

orang yang ingat akhirat:-



  1. tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat.

  2. tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga.

  3. tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.

  4. tidak mendengar sura yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala.

  5. tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitan dengan akhirat.

Jumaat, 9 April 2010

Terlalu 'islamik' Umat Tidak Maju???

Isu islam sering menjadi isu yang kontroversi. Sebahagian orang barat berasa fobia atau takut kepada islam. Islam diberikan pelbagai label. Ada yang menghubungkan islam dengan pengganas, pelampau, fundamentalis dan Agama yang jumud dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Tidak kurang juga di kalangan orang-orang islam sendiri berpendapat terlalu islam umat tidak akan maju.Remaja harus memahami isu-isu berbangkit dengan ilmu dan kebijaksanaan. Tanpa pemahaman yang telus, remaja bakal terheret sama untuk membuat tanggapan bahawa terdapat sesuatu yang negatif pada Islam. Fobia barat terhadap islam datang dari rejim barat yang memerintah dan mempunyai kepentingan tertentu. Semacam ada dendam Salibiyyah terhadap islam atau tekad zionis untuk melaksanakan protokolnya.

Al-Quran memperingatkan kita mengenai strategi musuh islam yang sentiasa merancang untuk menghancurkan islam sama ada ajaran mahupun imej umatnya. Strategi mereka memperkasakan program media cetak dan elektronik, di samping budaya popular barat menjadi salah satu strategi untuk menghancurkan akhlak dan pemikiran generasi muda. Allag SWT memberi jaminan bahawa seluruh tipu daya mereka akan diatasi dengan syarat umat islam kembali menghayati islam dalam erti kata yang sebenar. Isu tentang pengganas, lebih merupakan label politik dan ketenteraan. Islam adalah agama yang sejahtera dan damai. Bila orang palestin di jajah buminya dan dihalau sebagai pelarian, sudah tentu wujud tentangan kerana mereka ada hak untuk hidup di negara nya sendiri.

Telah sekian lama negara-negara umat islam dijajah dan hak mereka dinafikan. Malah fahaman sekular dan liberal dipaksakan kepada mereka, menyebabkan wujudnya aliran dan kefahaman yang dianggap tidak selari dengan kehendak proses kemodenan yang menganggap sesuatu yang bersifat tradisi itu melampau. Hal yang sama juga dihubungkan dengan isu fundamentalis. Apabila barat mengambil pendekatan anti agama dan anti Tuhan dalam sistem berilmu dan pemerintahan, sebarang aliran yang mendukung prinsip dan nilai agama yang tulen dianggap sebagai memutar jarum jam ke belakang dan ia dianggap sebagai kembali semula kepada fundamental atau perkara-perkara asas. Adalah sesuatu logik apabila umat islam khususnya generasi muda ingin memurnikan pemahaman dan penghayatan islamnya maka sudah tentu asas-asas yang fundamental menjadi sumber amalan mereka. Kerajinan mereka melakukan solat, kesediaan menutup aurat, bergaul dalam batasan yang di benarkan syarak.

Mengapa timbul tanggapan negatif yang mengatakan bahawa menjadi terlalu islam menyebabkan umat islam tidak maju sedangkan menjadi umat islam yang berilmu dan baik adalah penyumbang kepada orang -orang islam tetapi berfaedah kepada yang bukan islam. Tentu ada sebab-sebab tersendri mengapa puncak kemajuan islam di Baghdad dan Andalusia suatu ketika dulu menjadi sumber rujukan dan ambilan ilmuan Barat untuk dijadikan sumber membangunkan barat itu sendiri. Kalaulah puncak kemajuan sains dan teknologi dalam islam dianggap menjumudkan manusia dan menghalang kemajuan, tidak mungkin kitab-kitab Ibnu Sina seperti Qanun Fit Tib diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani menjadi sumber rujukan di eropahdalam bidang perubatan berabad lamanya. Menerusi sistem perbankan dan insurans islam asas sistem kewangan islam sedang terbina dengan baik, memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi, memberikan pilihan kepada umat mengenai sistem tanpa riba dan berjaya menyakini orang bukan islam bahawa faktor syarak memberikan asas kestabilan dan kemajuan dalam ekonomi.

Orang islam tidak menolak kemajuan dan perubahan kerana ia adalah fitrah kehidupan. Tetapi kemajuan tersebut semestinya berasaskan akidah, amal ibadah dan kekuatan akhlak yang menjadikan rujukan dan teladan. Asas ini dikembangkan dalam proses pengilmuan dan pendidikan, ia bakal melahirkan generasi yang faham dan mampu memberikan perimbangan antara idealisme yang dibina dengan realiti yang menuntut cabaran strategik. Inilah cabaran remaja dan umat islam sebenarnya..

15 Perkara Yang Mengundang Bala

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :-

  1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
  5. Anak derhaka kepada ibunya.
  6. Sedangkan ianya berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Suka menjauhi dirinya daripada ayahnya sendiri.
  8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina antara mereka.
  10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
  13. Golongan artis disanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain." ~(Riwayat Tarmizi)

Renungkan Hadis Sebentar..

Umat Islam Akhir Zaman Umpama Buih Laut...
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh menjadi kuat?" Sabda Baginda SAW:"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak beerti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." sahabat bertanya lagi,"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, " Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn." sahabat bertanya lagi, " Apakah itu Al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda:"Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Hujan Lebat Melimpahi Bumi
Daripada Abu Musa r.a katanya Rasulullah SAW bersabda,"Perumpamaan, petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air,menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku suruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.

~Riwayat Bukhari~

Rabu, 7 April 2010

Cabaran Wanita single Di Mata Masyarakat


wanita-wanita single di luar sana sering dipandang sinis oleh wanita-wanita yang telah berumah tangga. kendatipun, mereka juga diberi pelbagai tanggapan oleh masyarakat zaman sekarang yang gemar berfikiran negatif.. oleh itu, wanita-wanita single perlulah sentiasa memelihara diri dari tanggapan negatif masyarakat. antara cabaran mereka ialah:-



  • Dianggap sebagai penggoda suami orang.

  • Terlalu berharta menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri.

  • Terlalu memilih.

  • Susah senang terpaksa tanggung sendiri.

  • Sunyi sekiranya di tinggal sendirian.

  • Sakit pening tiada siapa yang tahu.

  • Siapa yang nak jaga bila dah tua.

  • Siapa jadi pewaris harta selepas meninggal dunia

  • Dia tidak ada tanggungjawab, biarlah dia jaga ibu bapa kita yang dah tua di kampung- komen adik beradik yang lain.

  • Menjadi tempat peminjaman wang.


info ini diambil daripada keratan akhbar iluvislam...

Ciri-ciri Wanita Sebagai Isteri


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:"wanita dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya,keturunannya atau agamnya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agam yang kukuh, niscaya kamu bernasib baik." Melalui hadis tersebut, antara ciri-ciri wanita sebagai isteri seperti berikut:-


  • Agama ~ wanita soleh yang berpegang teguh dengan agama dapat memelihara maruah diri, keluarga, dan agama. Apabila menjadi isteri, dia seperti bidadari dunia yang mampu menenangkan perasaan suaminya di rumah mahupun diluar rumah. Setelah bergelar ibu, dia mampu mendidik dan membimbing zuriatnya menjadi insan bertakwa berasaskan pengetahuan agamanya.

  • Kecantikan ~ memang tidak dinafikan bahawa paras rupa menjadi ukuran insan mencari jodoh. Rasa bangga apabila orang lain menjeling pada pasangan kita yang tampak cantik dan bergaya. Namun perlu diingat kecantikan bukanlah hak milik kekal. Keindahan wajah pada seseorang kian pudar ketika usia semakin meningkat.

  • Akhlak Baik ~ orang dulu-dulu memandang tinggi pada anak gadis mahupun teruna yang berakhlak baik. Biarpun wajah kurang menarik, tetapi disebabkan sikap mulia itu, maka orang lain senang memandang wajahnya.Itulah keistimewaan orang yang mempunyai kelebihan dari segi akhlak baiknya.

  • Keturunan Baik ~ wanita yang datang daripada keturunan baik mahupun berperibadi tinggi. Pasangan yang baik mampu menjadikan suasana rukun damai dalam berkeluarga.

Bagaimana Ukhwah Islam Kita???


Barangkali tidak salah dikatakan umat islam hari ini berada dalam lingkungan mereka sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku terhadap saudara seagama yang lain. Berbanding tuntutan agama, sikap keakuan menjadi lebih utama. Itu kalau dunia islam dilihat secara luas. Jika dikecilkan skalanya, tentu kita dapat lihat keadaan hubungan yang semakin longgar antara kita dalam komuniti kita sendiri. Cubalah bertanya kepada diri sendiri- siapakah jiran di sebelah rumah? pernahkah kita mengambil tahu perihal mereka??


Situasi ini sebenarnya sudah cukup untuk membayangkan betapa perpecahan umat islam sudaj tercetus sejak sekian lama. Bermula dari isu kecil, kemudian ia merebak besar dan luas sehingga mengakibatkan pelbagai kesan termasuk bermusuhan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agam islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." ~Surah Al-An'aam 153~


Daripada ayat tersebut, kita harus membuka minda sekaligus merenung kembali akan situasi umat islam hari ini. Lihat pada diri, kemudian pandanglah kepada masyarakat kita. Perhatikan bagaimana rentak hubungan kita di Malaysia dengan penduduk islam yang lain. Adakah ia seiring dengan Firman tersebut???

Peluang Lepasan SPM dan STAM Jadi Guru j-Qaf..


Putrajaya- Pelajar lepasan SPM dan STAM kini berpeluang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Istitut Pendidikan Guru(IPG). Peluang itu dibuka Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah kekurangan guru jawi, bahasa arab, al-Quran dan fardhu ain di seluruh negara.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kebiasaannya guru j-Qaf diambil daripada kalangan pemegang ijazah pertama daripada Universiti al-Azhar dan Jordan. Namun memandangkan masalah kekurangan guru agama yang semakin kritikal terutama dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak, peluang berkenaan dibuka kepada lepasan SPM dan STAM.

Selasa, 6 April 2010

25 Kalimah Larangan


Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald The Catholic Weekly masih hangat dibicarakan. Isu ini adalah isu sensitif di kalangan masyarakat beragama islam ekoran kebimbangan mereka jika ia boleh mengelirukan akidah masyarakat agama islam pada masa akan datang. Hangat dibicarakan sama ada lisan mahupun bertulis serta alam maya. Kini diumumkan mengenai 25 kalimah yang telah dilarangkan oleh masyarakat bukan islam menggunakannya sama ada secara lisan mahupun bertulis. Kalimah ini diharamkan oleh beberapa negeri seperti selangor, pahang,kelantan dan melaka. Mengikut seksyen 9(1)enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika ia menghasilkan sesuatu tulisan ataupun ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan , idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan man-mana agama bukan islam. Kalimah tersebut ialah:-



  • Allah

  • Firman Allah

  • Nabi

  • Mubaligh

  • Syariat

  • Wahyu

  • Mufti

  • Kaabah

  • Hadis

  • Rasul

  • Iman

  • Ibadah

  • Fatwa

  • Haji

  • Kiblat

  • Ilahi

  • Injil

  • Ulama

  • Khalifah

  • Wali

  • Syeikh

  • Imam

  • Dakwah

  • Solat

  • Baitullah

Isnin, 5 April 2010

Malu Biar Bertempat...


sekiranya sebut tentang malu, semua pasti mengaku bahawa mereka mempunyai sifat malu ini.. tetapi bukan semuanya aktif tetapi ada juga yang sifat malunya hanya aktif benda yang pasif..
sifat malu ini memang semua ada tetapi kita sebagai tuan empunya malu mempunyai hak dan kuasa untuk mengawal sifat malu ini.. sifat ini boleh dikawal melalui pemikiran kita..

kemelut melanda dunia apabila manusia sekarang mengguna sifat malu tidak kena pada tempatnya.. mereka lebih tidak malu melakukan kejahatan tetapi mereka akan malu apabila melakukan kebaikan. fenomena ini telah menjadi kucar-kacir akibatkan pemikiran yang negatif serta kegoyahan iman mereka...seperti contoh, anak-anak remaja tidak malu membuka aurat mereka kepada orang awam.. mereka juga tidak malu melakukan kekecohan ditempat awam.. selain itu mereka langsung tidak malu minum arak sedangkan mereka itu islam... baru-baru ini, saya ada terlihat seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an memakai pakaian ala-ala koperat dan memakai tudung berfesyen.. sekali pandang memang cantik tetapi betapa terkejutnya saya apabila melihat wanita tersebut merokok di sebuah cafe.. pakaian cantik tetapi tidak malu merosakkan akhlak..

sepaptutnya kita malu melakukan kejahatan kerana ia secara tidak langsung menjatuhkan maruah kita dan sekaligus mengaibkan diri kita sendiri... dari sudut lain pula, kita harus buang sifat malu untuk melakukan kebaikan kerana ia mendatangkan keuntungan dan kebaikan kepada kita sama ada di dunia atau akhirat nanti.. bagi hapuskan sifat malu untuk melakukan kebaikan kita perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memikirkan faedah yang kita akan peroleh apabila melakukan kabaikan. selain itu, kita juga boleh berfikir secara matang bahawa kebaikan itu adalah suruhan Allah s.w.t dan sepatutnya kita malu kepada Allah kerana melakukan kejahatan..

apa yang didunia ini segalanya milik Allah.. wajarlah sekiranya kita malu kepada Allah.. oelh itu, sahabat sekalian berfikirlah sejenak patutkah malu untuk melakukan kebaikan sedangkan ia bermanfaat bagi kita.. semangat dan iman yang kuat akan menyemarakkan lagi untuk melakukan kebaikkan.. niat adalah tunjang utama.. sekiranya kita niat kerana dunia maka balasannnya hanya di dunia sekiranya kita niat kerana Allah maka balasannya hingga ke akhirat nanti.. insyaallah....

Sabtu, 3 April 2010

Dapatkah Dia Tolong Kamu??



inikah role model anda

Dulu Nabi Muhammad menjadi role model kepada para sahabat dan umat islam, negara menjadi aman dan damai.. umat islam hidup dengan penuh ketenangan dan berasa syukur dan indahnya hidup mereka walaupun pada ketika itu seribu kedhaifan dari segi kecanggihan... tetapi sekarang masa telah berubah... kecanggihan teknologi dan media massa telah meneraju otak manusia sehinggakan alpa dan lalai akan tanggungjawab mereka.. beribu rancangan realiti diwujudkan.. beribu drama dan filem di tayangkan... sehinggakan manusia jadi tak tentu arah. sekiranya dulu Nabi Muhammad SAW menjadi role model dalam hati umat islam, tetapi sekarang artis yang tiada hebatnya telah mengambil alih bertakhta di hati manusia...



kita ambil contoh anak remaja, mereka sanggup buat apa sahaja demi artis kesayangannya.. contohnya beli album, poster, dan membeli pakaian yang fesyennya hampir serupa dengan artis pujaannya tersebut.. Dulu para sahabat sanggup juga berjuang demi nyawa Nabi Muhammad.. sama seperti anak remaja tetapi di mana silapnya anak remaja sekarang??? silapnya mereka adalah mereka mengambil artis menjadi role model mereka...







inikah manusia yang akan bantu anda di akhirat nanti???

sekiranya kita memakai cara pemakaian artis... mengikut cara percakapan artis tersebut... apa yang kita dapat??? NOTHING!!! tetapi sekiranya kita mengikut perbuatan Nabi Muhammad, secara percuma kita telah peroleh pahala kerana secara tidak langsung kita telah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW... sekiranya kita menyanyi lagu artis tersebut apa yang kita dapat?? hanya kelalaian dan membuat perkara yang sia-sia... tetapi sekiranya kita berselawat keatas Nabi insyaallah Nabi Muhammad akan mendoakan kita kembali.. selain itu para jin juga kan mendoakan kebaikan untuk kita Insyaallah.... dapatkah artis-artis itu membantu kamu diakhirat kelak?? dapatkah mereka menyelamatkan kamu dari seksaan api neraka??? cuba fikirkan kembali wahai teman seperjuangan sekalian.. Nabi Muhammad telah berkorban beribu pengorbanan kepada kita sehinggakan kita masih bernyawa dalam islam dan iman... kejayaan islam sekarang adalah titik peluh Nabi Muhammad SAW... fikirkan lah kembali saudara..

oleh itu, pilihlah role model yang betul.. jangan kerna rupa tetapi biarlah dari manfaatnya.. sekiranya syaitan menjadi role model kita maka nerakalah jawabnya tetapi sekiranya para ahli syurga menjadi role model kita insyaallah Syurga lah tempat kita.... selamat memilih role model anda!!!!

Siapa Kawan Anda?

kawan adalah insan paling rapat dengan remaja. baik dan buruknya seorang kawan akan merefleksikan siapa kita. sejauh mana kta mampu mengetahui kawan yang sudah cukup bagus itu, bukan drama king atau drama queen yang sangat hebat bermain watak? Dan sejauh mana pula kita sendiri merasakan diri sudah cukup hebat untuk kembali menjadi insan terbaik terhadap kawan-kawan yang lain?

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat." (Riwayat at-Tarmizi dan al-Hakim)

sesungguhnya hidup memang perlu saling lengkap-melengkapi. Teman yang baik diperlukan untuk menegur segala kekurangan yang ada dalam diri kita. Kita pula perlu ada rasa tanggungjawab untuk membantu teman yang lain agar sentiasa berada pada landasan sepatutnya. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda," orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. orang yang membawa kasturi , sama ada ia memberikannya kepada kamu atau kamu membelinya atau mendapat bau yang baik. manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

-artikel ini dipetik dari akhbar iluvislam-

Siapakah sebenarnya Aku??


hidup aku penuh dengan duri

dari awal perjalanan ku

telah dapat terasa di hati

bahang kehangatan dugaanMu...

tetapi aku teruskan juga perjalanan ku

demi mencari keredhaan yang suci

dari Pencipta kepada makhluknya..


beribu kali aku tersungkur pedih

di tanah gersang bumi Mu..

patah hati ku.. remuk jiwa ku..

hanya Kau saja yang tahu..


tiada yang dapat membantu ku

tiada siapa yang dapat berkongsi peritku

kesakitan yang ku genggam kian membara

pedih terasa sehingga sayu hati ini..


hilang puncak arah telah ku rasa

hilang kasih mesra telah kusemat di jiwa..

tetapi dengan seutai ayat suci Al-Quran..

jiwa ku luntur kembali...


aku bagaikan hilang arah...

ke utara ku mati..

ke selatan ku sakit

ke barat hilang nyawa ku..


apakah patut aku hanya menunggu..

menunggu kasih Pencipta yang Maha Penyayang..

ataupun perlukah kucari kekasih di hati

agar aku tidak melupaiMu...

siapakah diriku yang sebenar....

Jumaat, 2 April 2010

Syaitan Takut!!!!!


walaupun dunia kita mencapai kegemilangan yang tak terhingga dengan pembangunan yang kian pesat dibina disertai maklumat ICT yang hanya di hujung jari , tetapi kepercayaan manusia tidak seiring dengan kemajuan negara kerana pemikiran mereka semakin kolot mengenai hantu, iblis dan syaitan... sekiranya berlaku benda buruk mereka pasti mencari dukun atau tok bomoh... ada juga masyarakat kita sekarang mandi air bunga kerana percaya ia akan menjadi suci bagaikan bayi yang baru lahir... nah!! telah terang-terang masyarakat sekarang kolot, tidak cukupkah mereka yang telah tertipu dengan bomoh siam... adakah Allah telah hilang kuasa sehingga mereka hanya mengharap kepada bomoh dan dukun semata...


tidakkah mereka terfikir bahawa Allah itu Maha Kuasa.. mengapa mereka tidak memohon kepada Allah? sedangkan doa kepada Allah free sahaja.. tidak seperti bomoh dan dukun siam yang mengenakan bayaran beribu-ribu sedangkan jampi serapah mana pun tak tahu apa benda.... mmm Allah telah anugerahkan kita akal untuk berfikir... Nabi Muhammad telah wasiatkan kepada kita kitab suci yang dimana menjadi panduan kepada kita dunia akhirat.. iaitu Al-quranul karim... tetapi mengapa tidak pernah terdetik dihati kita untuk percaya...


itulah manusia... mencari yang tiada tetapi buang yang ada... bukankah itu rugi namanya... oleh itu marilah kita sama-sama menguatkan iman agar syaitan kecut dengan kita... mudah sahaja kalau nak buat syaitan takut pada kita...perbanyakkan amalan puasa... rajin-rajin bangun pagi dan bertahjud kepada Allah... bibir tidak kering dari membaca Al-Quran... dan yang terakhir... sentiasa mengingati akan kematian... selamat beramal!!!

Khamis, 1 April 2010

Nak Tahu Tak ???


assalamualaikum kepada pembaca semua.. disebabkan cuti yang panjang saya sering mendengar dan search pelbagai maklumat di internet.. seperti mana kita tahu, kumpulan nasyid tidak begitu popular di indonesia... oleh itu, di indonesia jarang orang menubuhkan kumpulan nasyid... tapi lagu tentang ketuhanan memang banyak wujud di indonesia... ramai penyanyi band dan artis solo menyanyikan lagu tentang islam dan cinta kepada Allah..



contoh penyanyi band yang saya ketahui ialah wali band dan ungu.... dan artis solo yang cantik lagi top sekarang ialah marshanda.... walau pun marshanda tidak memakai tudung tetapi dia tetap menyanyikan lagu yang berunsurkan cinta kepada Allah... selain marshanda terdapat juga artis yang agak hebat iaitu rossa dan melly... mereka ini juga artis yang sering mendendangkan lagu cinta dalam senetron dan filem-filem jiwang.... disamping itu artis duet ini juga terdapat satu album lagu sujud padaMu iaitu irwansyah dan acha...



selain itu, saya juga ada mendengar crita daripada abang saya yang menuntut di indonesia dalam bidang kedoktoran... abang saya mengatakan bahawa terdapat seorang penyanyi yang dulunya merupakan penyanyi Rock di indonesia tetapi kini beliau telah beralih arah kepada lagu-lagu yang berunsurkan islam... namanya ialah opick... kisah opick ini lebih kurang macam kisah artis di malaysia iaitu Akhil Khay..... tetapi lagu-lagu opick memang menyentuh jiwa.. sehinggakan kadang-kadang menitis air mata apabila menghayati lagu tersebut.......



oleh itu saya sarankan, sekiranya nak dengar lagu melalui youtube tu dengar lah lagu yang bermanfaat kepada kita agar kita tidak tergolong kedalam golongan org-org yang rugi..... daripada dengar lagu2 yang sia-sia lebih baik kita mendengar lagu yang dapat memuhasabahkan diri kita...



Wali Band:- Mari Shalawat, tomat, kekasih halal, Ya Allah


Ungu :- Sesungguhnya, Selawat Nabi, Andai kutahu, SurgaMu


Marshanda:- Astaghrfirullah


Melly :- Haramkah, Ketika cinta bertasbih


Rossa:- Ayat-ayat cinta, Tak akan berpaling dari Mu


Irwan&acha:- Sujud PadaMu


Opick:- Bila Waktu tlh Berakhir, Taubat, Rapuh,Ketika Cinta Memanggil,Bersujud kepada Allah


Opick&Melly:- Takdir


Opick&Amanda:- Satu Rindu, Maha Melihat, Alhamdulillah,