Jumaat, 9 April 2010

Renungkan Hadis Sebentar..

Umat Islam Akhir Zaman Umpama Buih Laut...
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh menjadi kuat?" Sabda Baginda SAW:"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak beerti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." sahabat bertanya lagi,"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, " Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn." sahabat bertanya lagi, " Apakah itu Al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda:"Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Hujan Lebat Melimpahi Bumi
Daripada Abu Musa r.a katanya Rasulullah SAW bersabda,"Perumpamaan, petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air,menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku suruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.

~Riwayat Bukhari~

0 comments:

Catat Ulasan